Friday, June 19, 2009

Teknologi hidbrid ( keli / tilapia )

Walaupun teknologi ikan hibrid sudah diperkenalkan sejak 20 tahun lalu, ia tidak begitu dipraktikkan kerana pengusaha kolam ikan tidak berani mendapatkan benih kacukan itu berikutan harganya yang agak mahal selain kos pemakanan yang tinggi.

Selain itu, induk ikan hibrid hanya boleh bertelur sebanyak lima pusingan bagi memastikan kualiti anak ikan yang dihasilkan dapat mencecah berat 500 gram dalam tempoh lima bulan sebelum dituai atau dijual kepada pembeli.

Apa yang saya tahu ikan keli / tilapia hibrid hanya dihasilkan menerusi kaedah saintifik menerusi kacukan benih tempatan dan tilapia dari Taiwan, Indonesia, Afrika atau Thailand.

Menerusi kaedah berkenaan, induk ikan keli / tilapia merah akan dihasilkan di pusat akuakultur sebelum ia diedarkan kepada pengusaha yang akan menternaknya bagi tujuan pembenihan dengan induk berkenaan perlu diganti selepas lima pusingan penetasan.

“Anak ikan tilapia hibrid yang berusia bawah seminggu umpama bayi kecil dengan makanannya juga berlainan daripada ikan dewasa kerana terpaksa memberikannya makanan jenis tepung ‘Cargill High Protein Powder Feed’ dua kali sehari,” .

Selepas penetasan, kerja penangkapan anak ikan tilapia hibrid yang berusia bawah seminggu menggunakan jaring halus untuk diasingkan dari kolam induknya ke dalam tangki simen khas.

Daripada jumlah yang berjaya dipindahkan ke tangki simen, kurang daripada lima peratus anak ikan hibrid berkenaan akan mati berbanding sehingga 20 peratus bagi anak ikan tilapia yang dihasilkan daripada baka tempatan.

Namun, teknik penjagaan yang rapi harus diberikan kepada anak ikan hibrid yang dipindahkan ke kolam simen sehingga ia berusia tiga minggu bagi memastikan ia dapat menyesuaikan diri daripada keadaan asalnya yang tinggal di dalam mulut induknya sehingga berusia hampir sebulan.

“Masalah yang dihadapi kini adalah ikan hibrid ini cepat membesar dan saya memerlukan lebih banyak kolam ternakan bagi menampung jumlah anak ikan yang semakin meningkat ketika ini.

“Oleh itu, saya mempelawa pengusaha kolam yang berminat membeli anak ikan hibrid daripada kami pada harga 15 sen seekor dan diharap pengusaha lain berminat dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment