Tuesday, June 9, 2009

Ikan Keli


Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di Sarawak, ikan keli banyak terdapat di kawasan hulu sungai ,kawasan-kawasan tali air dan sawah.

Terdapat pelbagai jenis ikan keli yang dijual di pasar ,antaranya adalah:-

  1. Ikan Keli Kayu /Hitam/Keras/Liat-Clarias batracus(Linnaeus)
  2. Ikan Keli Bunga /Lembut/Mamah-Clarias macrocephalus(Gunther)

KACUKAN KELI BUNGA DAN KELI EKSOTIKA.


Ianya adalah kacukan keli bunga betina dengan keli afrika jantan.Kepalanya berbentuk keli oksotika sementara badannya mewarisi keli bunga.

Ikan ternakan

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.

Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


Antara ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai diternak ialah:.

  1. Mudah diterima kerana dagingnya yang enak,warna yang sama dengan keli bunga serta rupa yang menarik.
  2. Kadar tumbesaran yang lebih cepat,hanya dalam masa 3- 4 bulan boleh mencapai 200g.
  3. Mudah diternak dengan makanan rumusan secara bersepadu,ikan baja dan bahan buangan pertanian.
  4. Tolenrasi yang tinggi kepada qualiti air dan penyakit.

No comments:

Post a Comment